Friday, 8 February 2013

Pelaburan emas di Malaysia : pengenalan

Emas merupakan unsur berharga kerana mempunyai nilai, tarikan dan sifat yang unik serta kegunaannya dalam pelbagai aspek. Emas adalah unsur yang tersimpan dalam tanah dan perlu digali atau dilombong untuk mendapatkannya. Saya pernah berbincang beberapa kali dengan rakan-rakan geologist dan mereka menyatakan taburan emas di dunia boleh diplot termasuk di Malaysia. Kemudian keadaan dan bentuk emas di benua-benua besar dunia agak berbeza dengan negara kepulauan seperti di Malaysia, di benua besar keadaannya lebih seperti nugget dan ketulan-ketulan besar akibat proses geologi yang lama manakala di Malaysia keadaannya lebih tertumpu di kawasan-kawasan hiliran sungai.

Saya suka untuk membawa pembaca satu cara umum dan adil untuk memilih atau mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu produk atau dalam kes ini untuk menentukan pelaburan emas manakah yang terbaik, iaitu dengan mendapatkan maklumat dari pihak ketiga. Jika ditanya berkenaan produk A daripada dealer syarikat A, mistilah dia cakap A yang terbaik dan seterusnya. Apa yang saya buat ialah saya buat kajian dan membaca buku. Lihat apakah pendapat mereka tentang pelaburan-pelaburan emas yang ada dan bandingkan dengan yang lain. Semakin banyak buku dan maklumat yang anda dapat semakin jelas untuk anda membuat pilihan. Proses ini penting untuk mengelakkan daripada tertipu dengan pelbagai ganjaran istimewah yang ditawarkan dan mengelakkan perkara-perkara yang merugikan mereka. Setelah anda rasa anda faham, laburkan sedikit dan lihat bagaimana proses urusannya. Adakah seperti yang anda faham atau tidak. Sekiranya ya dan semuanya berjalan seperti anda sangkakan maka masa itulah anda boleh benar-benar melabur.


Buku Pelaburan emas oleh Saat Sukami


Buku bertajuk Menyingkap rahsia pelaburan emas oleh Syukor Hasim


Buku bertajuk GOLD ditulis oleh Ian Tai


Gambar diatas adalah diantara buku yang saya baca dan sehingga kini saya masih membaca buku-buku lain untuk menambahkan ilmu dan update berkenaan pelaburan emas. 


Di Malaysia pelaburan emas terbahagi kepada dua iaitu:
 
1. Emas fizikal
2. Buku simpanan emas
 
Pelaburan emas fizikal bermaksud kita membeli emas dan dapat emas. Pelaburan ini menawarkan emas dalam bentuk syiling emas (Dinar), jongkong emas atau barang kemas. Pembeli dapat menggunakan emas tersebut untuk tujuan keuntungan dengan pelbagai cara contohnya dengan menjualnya apabila harganya naik atau dengan kaedah pajak dan arrahnu. Ketulenan emas hendaklah dipastikan terlebih dahulu sebelum mengambil emas. Sekiranya syarikat/kedai yang menjual emas tersebut gulung tikar, lingkup atau diserbu oleh Bank Negara, anda masih selamat kerana emas di tangan anda.
 
Pelaburan melalui buku akaun simpanan emas pula berbeza dengan kaedah emas fizikal tadi. Sekiranya anda melaburan dengan kaedah ini, anda akan dapat buku akaun yang tertulis transaksi anda lebih kurang seperti buku akaun bank simpanan semasa anda. Kebanyakkan akaun ini ditawarkan oleh bank-bank terkemuka di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu. Anda tidak boleh manupulasi emas dengan kaedah ini kerana emas tidak di tangan anda dan sebaliknnya berada di simpanan bank tersebut. Sesetengah bank membenarkan anda mengeluarkan emas dan anda yang tidak.

 
Terdapat banyak syarikat/kedai yang menawarkan emas fizikal dan beberapa contoh serta maklumat lanjut berkaitan emas melalui akaun ini akan dikupas di ruangan lain selepas ini.
 
Pendek kata, seperti seorang penceramah pelaburan emas cakap, emas fizikal umpana kambing dan buku akaun emas umpana gambar kambing. Mana kamu mau, mau kambing untuk disembelih atau gambar kambing? =)
 
 
Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment