Monday, 18 February 2013

Kategori pembeli emas manakah anda?

Produk emas dalam pasaran umunya terbahagi kepada 3 iaitu:

1. Jongkong emas
2. Syiling Dinar emas
3. Barang kemas

Jongkong mempunyai ketulenan paling tinggi iaitu jenis biasanya 999 atau 9999 (bermaksud kandungan emasnya adalah 99.9% atau 99.99%). Jongkong emas biasanya berbentuk empat segi seperti kotak. Cara membentuk jongkong emas ini dilakukan dengan teknik casting dan minting. Kaedah casting atau tuangan biasanya untuk jongkong yang besar dalam berat kilo dan bentuknya tidak sekata untuk setiap jongkong. Maklumat emas pula direkod dengan cara mengetuk atas permukaan emas tersebut. Kaedah minting atau tempaan pula selalunya untuk berat lebih kecil seperti 10g, 20, 50g dan 100g. Bentuknya yang lebih cantik dan detail serta maklumat emas diukir diatasnya. 
 
Dinar pula adalah emas jenis 916 (91.6% kandungan emasnya), dinar dicampur sedikit logam lain untuk menjadikannya lebih keras. Berat dinar adalah mengikuti piawaian 1dinar = 4.25g. Dinar dibentuk dengan kaedah minting dan mempunyai bentuk bulat seperti syiling. Corak pula bergantung kepada pengeluar dinar masing-masing.
 
Manakala barang kemas mempunyai pelbagai jenis ketulenan seperti 999, 916, 950 dan lain-lain. Selain itu emas jenis ini yang paling banyak dijual dikedai-kedai emas. Corak dan saiznya yang pelbagai dibentuk oleh tukang emas mengikut kemahiran masing-masing. Kebiasaannya barang kemas digunapakai oleh kaum wanita sebagai gelang, rantai dan subang.
 
Spread atau susut nilai setiap jenis emas adalah berbeza. Spread penting kerana semakin kecil spread semakin mudah untuk mendapat untung. Secara umumnya untuk jongkong dan Dinar, semakin berat emas semakin kecil spreadnya. Jongkong emas mempunyai spread paling rendah, Dinar sederhana dan barang kemas tinggi. Ramai pelabur memilih jongkong untuk mendapat keuntungan yang cepat. Namun akibat faktor kewangan (jongkong emas biasanya lebih mahal berbanding Dinar), pelabur memilih Dinar yang mempunyai spread yang sederhana sebagai alternatif. Barang kemas pula kurang popular untuk dijadikan emas pelaburan kerana harganya yang agak mahal disebabkan upah tukang dan spreadnya yang tinggi. Kebiasannya barang kemas dibeli hanya untuk perhiasan sahaja.
 
Kategori pembeli emas
 
Sebelum membeli emas, anda misti ada tujuan kenapa anda mahu beli emas. Kenapa tujuan penting? sebab untuk menentukan jenis emas manakah yang paling sesuai anda beli. Analoginya anda mahu memotong daging tapi tidak semua pisau sesuai untuk memotong daging dan hanya pisau pemotong daging yang paling efisen untuk memotong daging.
 
Pembeli emas terbahagi kepada 3 iaitu:
 
1. Penyimpan
2. Pelabur
3. Saudagar emas
 
Penyimpan adalah orang yang beli emas untuk disimpan. Tidak ada niat jelas, target dan matlamat khusus bila mahu menjual semula dan berapa untung yang mahu diambil, atau belum terdetik pun mahu jual kembali emas-emas tersebut. Emas disimpan mungkin untuk simpanan keluarga untuk diwarisi, sebagai kenang-kenangan dan tidak berbentuk perniagaan ataupun pelaburan. Mereka tidak peduli sama ada harga emas naik atau turun dan menjalani kehidupan seperti biasa. Penyimpan akan membeli sama ada jongkong, Dinar atau barang kemas mengikut citarasa waktu itu.
 
Pelabur emas pula adalah orang yang menilai emas dari sudut RM semata-mata. Membeli emas semasa harga rendah dan mendapat untung bila jual semasa harga tinggi. Mereka menjual semua emas untuk mendapatkan untung yang maksimum dan bila harga jatuh mereka beli lagi dan seterunya. Golongan ini sangat peka dengan turun-naik harga emas dalam menjalani urusniaga mereka. Untung yang diperolehi dibelanjakan atau digunakan untuk membeli emas semula seterusnya menikmati untung lebih lumayan. Pelabur akan memilih emas yang mempunyai spread serendah mungkin seperti jongkong atau 10dinar mengikut kewangan masing-masing.
 
Saudagar emas merupakan golongan yang paling untung dalam urusniaga emas. Kelebihan mereka ialah mereka menjalani urusan menjual dan membeli emas dengan orang. Selain mendapat  untung daripada naik-turun harga emas, mereka juga untung dengan membeli dengan harga murah semasa harga tinggi dan menjualnya dengan harga tinggi. Untuk menjadi saudagar emas pelbagai teknik dan kemahiran yang diperlukan serta memerlukan usaha yang gigih. Ramai saudagar emas sekarang bergelar jutawan telah berusaha dan bersusah-susah dahulu sebelum menjadi senang. Saudagar emas juga akan melibatkan semua jenis emas tetapi tidak seperti penyimpan, setiap jenis emas akan digunakan untuk tujuan tertentu untuk memaksimakan keuntungan.
 
Jadi sila pilih ketegori manakah anda dan saya boleh membantu anda untuk terus mendapat keuntungan dalam urusniaga emas.
 
Sekian terima kasih =)

No comments:

Post a Comment