Wednesday, 30 January 2013

Penglibatan dengan pelaburan emas fizikal

Ramai yang tahu wujudnya emas dan sifatnya yang sangat bernilai. Namun ramai juga diantara mereka yang tidak tahu bahawa emas lebih daripada apa yang mereka fikirkan. Kebiasaannya bila sebut emas, orang akan terfikir ia hanya urusan perempuan, barang kemas, mahal dan seumpamanya. Tidak ramai yang tahu emas merupakan salah satu aset kekayaan, penyimpan nilai, pelaburan dan boleh digunakan untuk menjanakan kewangan.

Jongkong emas 250gram 24k. 

Dalam ruangan ini, saya akan menceritakan sedikit ringkasan apa yang saya lalui sebelum menjadi Piority Dealer Public Gold. Seingat saya, semasa menanjutkan BSc di UKM, seorang kawan baik saya memaklumkan dan ajak saya beli dinar kelantan sekitar tahun 2003-2008. Saya tidak pasti harganya masa itu, tapi yang pastinya lebih murah daripada harganya sekarang. Namun biasalah bila namanya pelajar, tidak ada duit jadi ajakan itu dilupakan. Sehingga tahun 2012, isteri saya bersungguh-sungguh mahu melaburkan duitnya ~RM20,000 untuk pelaburan emas. Waktu itu minda saya mula terbuka dengan memikirkan berbaloi atau tidak, risiko, pulangan, halal atau tidak dan banyak lagi. Setelah meneliti, saya menghalang hasratnya untuk berbuat demikian atas pelbagai sebab. Keputusan itu tepat kerana selepas beberapa minggu syarikat tersebut telah diserbu dan urusniaganya dibekukan.
 
10dirham, duit perak (kiri) dan 10dinar, duit emas (kanan)
 
 
Bermula dari situ, saya mula mencari syarikat yang menepati cita rasa saya dan menjumpai satu syarikat yang boleh saya katakan terbaik bagi saya dari pelbagai aspek. Kami mula membeli sedikit emas dan perak terlebih dahulu, setelah yakin dan faham maka kami pun membeli lebih lagi. Saya boleh katakan adalah kewajipan bagi pembeli emas atau pelabur emas untuk menambah ilmu dengan membaca atau mendapatkan sumber-sumber ilmu berkaitan agar perjalanan pelaburan anda tidak terpesong dan kesudahnnya duit anda lesap. Sehingga kini saya masih membaca buku, mengikuti seminar dan belajar dengan orang yang pakar bagi mendapatkan ilmu yang betul.
 
Saya telah memilih untuk membeli dan melabur dalam emas fizikal Public Gold. kenapa? saya akan terangkan dalam ruangan-ruangan lain selepas ini. Pelbagai isu dan persoalan akan dikongsikan dan dijawab seperti persoalan-persoalan umum, bagaimana untuk memulakan pelaburan emas fizikal dan pelbagai tips/teknik dalam menjana kewangan dengan emas Public Gold. Website Public Gold, sila layari http://www.publicgold.com.my/referral/PG028194/294601

Selepas ini saya akan menulis artikel tentang pelaburan emas di Malaysia dan seterusnya kepada topik-topik khas secara berperingkat.
 
Semoga kita mendapat manfaat dan faedah bersama =)

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment