Wednesday, 30 January 2013

Yang pertama itu, yang selalu tidak dilupakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana buat kesekian kalinya, akhirnya saya dapat membina dan menulis blog buat kali pertama. Sebenarnya hajat untuk berblog sudah lama tersimpan namun selama itulah saya tidak berkesempatan untuk merialisasikannya.
 
Selaras dengan nama blog ini Emas Public Gold Sabah, tujuan utama penulisan blog ini adalah untuk membantu saya dalam urusniaga berkaitan emas dan perak. Perkongsian ilmu dan maklumat adalah sangat digalakkan sepanjang perjalanan blog ini. Setakat ini setelah bergelar Piority Dealer Public Gold, saya merasakan sudah tiba masanya untuk melangkah setapak kehadapan dengan menggunakan blog.
 
Saya juga ingin merakamkan terima kasih khasnya buat keluarga, pelanggan dan orang-orang sekeliling saya yang memberi sokongan dalam menjalani urusniaga. Mudah-mudahan semua berjalan lancar, berjaya dan kita dapat meningkatkan taraf hidup bersama InsyaAllah.

Sekian terima kasih

Ag Sufiyan Abd Hamid
Piority Dealer Public Gold
PG028194

No comments:

Post a Comment