Thursday, 11 July 2013

PRODUK-PRODUK PUBLIC GOLD

Produk-produk publicgold PG terdiri daripada emas dan perak seperti berikut:

EMAS

Jongkong emas (emas 999.9 atau 24k)
1. 10g
2. 20g
3. 50g
4. 100g
5. 250g
6. 500g
*untuk 50g terdapat juga dalam bentuk duit emas.




Dari kanan adalah jongkong emas 10g, 20g, 50g, 100g dan 500g.
 
Dinar (emas 916 atau 22k)
1. 1 dinar
2. 2 dinar
3. 5 dinar
4. 10 dinar
*1dinar bersamaan berat 4.25g emas.

BungaMas (jongkong emas edisi khas jenis 999.9 atau 24k)
1. 50g

Jongkong emas BungaMas

Tai Fook (jongkong emas edisi khas jenis 999.9 atau 24k)
1. 10g
2. 20g
3. 50g
4. 100g

I-series (barang kemas, emas 916 atau 22k)
1. 5g
2. 10g
3. 20g
4. 50g
5. 100g
*barang kemas ini terdiri daripada pendant (5g dan 10g sahaja), gelang/bracelet (10g sahaja) dan rantai (20g, 50g dan 100g sahaja)

Semua gelang dan rantai I-series adalah berbentuk seperti ini. Rekaan adalah ringkas, padat dan padu.


D-series (barang kemas, emas 916 atau 22k)
*barang kemas yang mempunyai pelbagai bentuk dan berat.

D-series mempunyai pelbagai rekabentuk dan berat.

PERAK

Jongkong perak (perak 999)
1. 100g
2. 250g
3. 500g
4. 1000g (1kg)

Dirham (syiling perak 999)
1. 10dirham
*10dirham bersamaan berat 29.75g perak.

10 keping syiling perak 10dirham. Barisan atas adalah muka depan 10dirham dan bawah adalah muka belakangnya.

Thursday, 9 May 2013

ADAKAH HARGA SEKARANG INI TINGGI ATAU RENDAH?


Sememangnya ini adalah soalan wajib bagi mereka yang pertama kali mahu membeli emas. Bagi saya harga tinggi atau rendah adalah berbeza-beza untuk setiap orang kerana kita memerlukan rujukan untuk mengatakan sesuatu itu tinggi atau rendah. Kerana perkara ini melibatkan suatu berbandingan.
Contohnya saya ada sebiji bola tennis, bola ini besar berbanding bola ping pong tapi lebih kecil berbanding bola sepak. Saya ada duit sebanyak RM10,000. Adakah duit saya ini sedikit atau banyak? Duit saya sedikit jika dibandingkan dengan RM100,000 tetapi lebih banyak jika anda bandingkan dengan RM1.
Jadi kembali kepada harga emas tadi, di manakah kita patut bandingkan harga tersebut untuk mengatakan ianya tinggi atau rendah? Jawapannya adalah dengan harga pembelian pertama anda. Andai kata A telah membeli 1dinar = RM600 pada tahun 2012 dan B membeli 1dinar = RM700 pada tahun 2013. Sekiranya harga 1dinar sekarang adalah RM650, bagi A harga tersebut adalah tinggi manakala bagi B adalah rendah.

Anda perlu menentukan harga rujukan terlebih dahulu untuk mengatakan harga kini tinggi atau rendah
 
JADI APAKAH TINDAKAN ANDA?
 
Anda perlu membeli buat kali pertama terlebih dahulu untuk mendapatkan harga rujukan anda. Kemudian tindakan seterusnya adalah berdasarkan harga semasa, maksudnya sekiranya harga tinggi melebihi harga belian pertama tadi, anda sudah boleh jual untuk mendapatkan keuntungan. Jika harga rendah daripada harga belian pertama pula, anda disarankan untuk membeli untuk merendahkan harga rujukan anda menggunakan kaedah pemurataan harga. Setelah pemurataan telah dibuat, harga rujukan anda bukan lagi harga pembelian pertama tetapi harga yang telah anda puratakan tadi. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan membuat pembelian pertama boleh dibuat melalui website PG. Cara mendaftar boleh rujuk disini.
 
Contohnya anda beli 1dinar = rm700. Pada masa ini harga rujukan anda adalah rm700. Selepas ini harga rendah rm600. Anda disarankan beli dan puratakan kedua-dua harga tersebut (700 + 600 bahagi 2) menjadi rm650. Kini harga rujukan anda bukan lagi rm700 tetapi direndahkan menjadi rm650. Maksudnya jika harga emas naik melebihi rm650, anda suda boleh jual kedua-dua unit 1dinar tersebut untuk mendapat untung.

Sekiranya anda berminat atau memerlukan penjelasan lanjut sila hubungi saya
ag sufiyan abd hamid
PG028194
017 2366467

Sekian terima kasih

Wednesday, 27 March 2013

CARA MENDAPAT KEUNTUNGAN

Salah satu perkara yang anda perlu faham dalam pelaburan emas ialah cara mendapat keuntungan. Pastikan anda jelas dalam perkara ini sebelum melabur. Dalam ruangan ini saya akan menerangkan bagaimanakah cara anda mendapat keuntungan dengan pelaburan emas publicgold.

 
Gelang tangan i-series 10gram 22karat, sangat sesuai untuk dipakai setiap hari kerana rekabentuk yang ringkas dan padu.
 


Sebelum itu kita perlu tahu terdapat dua harga jika berurusan dengan PG iaitu harga PG SELL dan PG BUY.
 
-PG SELL adalah harga jualan PG kepada pelanggan atau harga kita beli dengan PG
 
-PG BUY pula harga PG akan beli semua dengan pelanggan jika pelanggan mahu menjualnya kembali kepada PG.
 
Beza antara PG SELL dan PG BUY disebut sebagai SPREAD dan saya akan terangkan tentang spread diruangan lain.
 
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk mendapat untung dengan publicgold, tapi secara asasnya ada 3 cara utama iaitu
 
1. UNTUNG HARGA NAIK
Teknik ini adalah mudah. Anda beli emas buat kali pertama dengan harga PG SELL, dan jika harga naik sehingga harga PG BUY lebih tinggi daripada harga belian anda dahulu, maka anda sudah untung sekiranya anda jual. Anda untung hanya apabila harga naik sahaja dan sangat sesuai untuk mendapat keuntungan jangka masa sederhana dan panjang.

SITUASI + TINDAKAN = HASIL
harga rendah, beli + harga tinggi, jual = untung
harga tinggi, beli + harga rendah, jual = rugi
 
Jadi kesimpulannya apabila anda telah beli emas kemudian harga naik, jual. Bila harga turun, beli balik. Harga naik lagi, jual lagi dan seterusnya. Hanya dengan PG sahaja anda dapat berbuat begini sebab harga emas PG berubah setiap 20minit.
 
2. UNTUNG KOMISEN
Teknik ini khas untuk mereka yang telah menjadi dealer. Dealer PG layak mendapat 1% (normal dealer), 1.5% (piority dealer) dan 2% (master dealer) untuk setiap pembelian dan 0.5% untuk jualan semua kepada PG.
 
Selain itu sekiranya anda telah menjadi dealer, anda juga layak mendapat komisen untuk setiap pembelian pelanggan yang mendaftar dibawah anda. Pelanggan tersebut hanya perlu menyatakan anda sebagai introducer anda sekali sahaja iaitu pada pembelian pertama mereka dengan PG, seterunya anda akan mendapat komisen atas pembelian mereka selama mana mereka membeli dengan PG. Adakala costumer dibawah anda juga adalah dealer, namun anda tetap mendapat komisen atas urusniaga mereka.
 
Jadi untung komisen adalah atas BELIAN+JUALAN+CUSTOMER=UNTUNG.
 
3. UNTUNG SPREAD
Sebagai dealer juga anda diboleh melakukan jual-beli emas terus dengan pelanggan. Bermaksud anda boleh menjual emas yang berada dalam tangan anda dengan HARGA PG SELL dan membeli terus daripada pelanggan dengan HARGA PG BUY. Jadi macamana untung? untung anda adalah beza PG SELL dan PG BUY kerana PG SELL adalah lebih tinggi berbanding PG BUY. Dalam kes ini, semakin besar spread sesuatu produk, semakin besar untung yang anda dapat.
 
Untung adalah; PG SELL - PG BUY = UNTUNG
 
Maka itulah 3 cara utama mendapat untung dengan publicgold. Sekiranya anda pelanggan anda boleh melakukan teknik pertama dan teknik kedua dan ketiga pula khas untuk dealer PG sahaja. Perlu saya jelaskan disini terdapat banyak cara lain lagi selain 3 cara diatas, mahu tahu lebih kena tanya saya =)

Bagaimana cara menjadi dealer?
Anda boleh dapat komisen tanpa perlu buat jualan.

Atau sebarang persoalan boleh hubungi saya =)
Sekian terima kasih

Thursday, 28 February 2013

CARA BUAT AKAUN DALAM WEBSITE PUBLIC GOLD

Cara termudah untuk lock harga bagi membuat pesanan (place order) dan menjual kembali (place sell back) dengan publicgold PG adalah menerusi akaun dalam website PG. Ruangan ini akan membantu anda bagaimana cara untuk membuka akaun PG.

Langkah pertama adalah melayari website PG dan click login

 
Langkah kedua, click register
 


Langkah ketiga, masukkan maklumat yang dikehendaki
 

 
Masukkan maklumat introducer seperti dalam gambar di atas
(AG SUFIYAN BIN ABD HAMID, PG028194, 017-2366467)
 
 
Setelah selesai click register
 
Langkah keempat, PG akan emel confirmation link ke alamat emel dan memberikan nombor PG anda. Seterunya anda perlu memasukkan emel dan token yang diberikan untuk mengaktifkan akaun.


 
Maka selesailah suda proses mendapatkan akaun PG. Sekarang anda sudah boleh login menggunakan nombor PG dan password, seterusnya urusan anda menjadi lebih mudah. Sila rujuk cara lock harga untuk membeli/place order dan jual semula/place sell back.
 
Semoga semua dibukakan rezeki dan berkat dan saya ucapkan selamat berurusniaga emas dan perak. Berminat untuk memulakan pelaburan emas atau perak? saya boleh membantu anda.
 
 

Monday, 18 February 2013

Cara tengok harga, lock/beli, bayar dan ambil emas

CARA TENGOK HARGA

1. Online dengan melayari website PublicGold

 
Contoh halaman website publicgold. Harga tertera disebelah kanan.
 
2. SMS taip "PG ALLPRICE" hantar ke 36828

 
PG reply sms anda seperti diatas
 
 
 Senarai harga RM sell/buy mengikut produk seperti gambar diatas


 
Contoh senarai harga melalui sms untuk iSeries dan Dinar

CARA LOCK HARGA

1. SMS maklumat seperti nama, no ic, item, cawangan (ambil emas) dan introducer (letak AG SUFIYAN ABD HAMID, PG028194) dan hantar ke nombor 016 4107916 untuk cawangan Kota Kinabalu. Cawangan lain rujuk senarai cawangan.


 
Taipkan maklumat berikut dan hantar ke 016 4107916 untuk cawangan KK
 
Kemudian publicgold KK akan hubungi anda untuk pengesahan order dan untuk urusan seterusnya.


 
2. Online melalui website publicgold, click login, click register. Isi maklumat anda dan dalam bahagian introducer letak Ag Sufiyan Abd Hamid dan PG028194. Kemudian click register. Kod pengesahan akan diemelkan dan anda diberikan satu akaun publicgold. Semua urusan boleh dilakukan secara online melalui akaun ini.
 
Untuk order/lock harga, click order, click place order, click i agree dan senarai item serta harganya terpapar. Masukkan kuantiti item dan pilih cara pembayaran, bank dan cawangan pilihan.
 
 
Kemudian dokumen item yang telah dipesan akan diemelkan. Pejabat cawangan PG akan menghubungi anda untuk pengesahan order.
 

CARA BAYAR

1. Cash ke kaunter (untuk amaun tidak melebihi RM3000)
2. Online bank transfer
3. Cash deposit mesin CDM
4. Pembayaran dikaunter bank

Semua pembayaran dimasukkan ke akaun berikut

Maybank Berhad
Pemegang akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
No akaun : 507134104563
atau
Public Bank Berhad
Pemegang akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
No akaun : 3167520833

 
Contoh resit bayaran di kaunter bank. Sertakan nombor dokumen dan nombor PG anda dalam resit tersebut.


CARA AMBIL EMAS

1. Datang ke cawangan berdekatan. Hanya pembeli sahaja yang boleh mengambil emas tersebut.

2. Bawa resit bank/CDM original atau printscreen online payment ke kaunter publicgold

3. Pengesahan pembayaran akan dibuat dan anda boleh ambil emas =)


Semoga semuanya berjalan lancar. Sekali lagi jangan lupa letak AG SUFIYAN ABD HAMID (PG028194) sebagai introducer anda =)

Sekian terima kasih

Kategori pembeli emas manakah anda?

Produk emas dalam pasaran umunya terbahagi kepada 3 iaitu:

1. Jongkong emas
2. Syiling Dinar emas
3. Barang kemas

Jongkong mempunyai ketulenan paling tinggi iaitu jenis biasanya 999 atau 9999 (bermaksud kandungan emasnya adalah 99.9% atau 99.99%). Jongkong emas biasanya berbentuk empat segi seperti kotak. Cara membentuk jongkong emas ini dilakukan dengan teknik casting dan minting. Kaedah casting atau tuangan biasanya untuk jongkong yang besar dalam berat kilo dan bentuknya tidak sekata untuk setiap jongkong. Maklumat emas pula direkod dengan cara mengetuk atas permukaan emas tersebut. Kaedah minting atau tempaan pula selalunya untuk berat lebih kecil seperti 10g, 20, 50g dan 100g. Bentuknya yang lebih cantik dan detail serta maklumat emas diukir diatasnya. 
 
Dinar pula adalah emas jenis 916 (91.6% kandungan emasnya), dinar dicampur sedikit logam lain untuk menjadikannya lebih keras. Berat dinar adalah mengikuti piawaian 1dinar = 4.25g. Dinar dibentuk dengan kaedah minting dan mempunyai bentuk bulat seperti syiling. Corak pula bergantung kepada pengeluar dinar masing-masing.
 
Manakala barang kemas mempunyai pelbagai jenis ketulenan seperti 999, 916, 950 dan lain-lain. Selain itu emas jenis ini yang paling banyak dijual dikedai-kedai emas. Corak dan saiznya yang pelbagai dibentuk oleh tukang emas mengikut kemahiran masing-masing. Kebiasaannya barang kemas digunapakai oleh kaum wanita sebagai gelang, rantai dan subang.
 
Spread atau susut nilai setiap jenis emas adalah berbeza. Spread penting kerana semakin kecil spread semakin mudah untuk mendapat untung. Secara umumnya untuk jongkong dan Dinar, semakin berat emas semakin kecil spreadnya. Jongkong emas mempunyai spread paling rendah, Dinar sederhana dan barang kemas tinggi. Ramai pelabur memilih jongkong untuk mendapat keuntungan yang cepat. Namun akibat faktor kewangan (jongkong emas biasanya lebih mahal berbanding Dinar), pelabur memilih Dinar yang mempunyai spread yang sederhana sebagai alternatif. Barang kemas pula kurang popular untuk dijadikan emas pelaburan kerana harganya yang agak mahal disebabkan upah tukang dan spreadnya yang tinggi. Kebiasannya barang kemas dibeli hanya untuk perhiasan sahaja.
 
Kategori pembeli emas
 
Sebelum membeli emas, anda misti ada tujuan kenapa anda mahu beli emas. Kenapa tujuan penting? sebab untuk menentukan jenis emas manakah yang paling sesuai anda beli. Analoginya anda mahu memotong daging tapi tidak semua pisau sesuai untuk memotong daging dan hanya pisau pemotong daging yang paling efisen untuk memotong daging.
 
Pembeli emas terbahagi kepada 3 iaitu:
 
1. Penyimpan
2. Pelabur
3. Saudagar emas
 
Penyimpan adalah orang yang beli emas untuk disimpan. Tidak ada niat jelas, target dan matlamat khusus bila mahu menjual semula dan berapa untung yang mahu diambil, atau belum terdetik pun mahu jual kembali emas-emas tersebut. Emas disimpan mungkin untuk simpanan keluarga untuk diwarisi, sebagai kenang-kenangan dan tidak berbentuk perniagaan ataupun pelaburan. Mereka tidak peduli sama ada harga emas naik atau turun dan menjalani kehidupan seperti biasa. Penyimpan akan membeli sama ada jongkong, Dinar atau barang kemas mengikut citarasa waktu itu.
 
Pelabur emas pula adalah orang yang menilai emas dari sudut RM semata-mata. Membeli emas semasa harga rendah dan mendapat untung bila jual semasa harga tinggi. Mereka menjual semua emas untuk mendapatkan untung yang maksimum dan bila harga jatuh mereka beli lagi dan seterunya. Golongan ini sangat peka dengan turun-naik harga emas dalam menjalani urusniaga mereka. Untung yang diperolehi dibelanjakan atau digunakan untuk membeli emas semula seterusnya menikmati untung lebih lumayan. Pelabur akan memilih emas yang mempunyai spread serendah mungkin seperti jongkong atau 10dinar mengikut kewangan masing-masing.
 
Saudagar emas merupakan golongan yang paling untung dalam urusniaga emas. Kelebihan mereka ialah mereka menjalani urusan menjual dan membeli emas dengan orang. Selain mendapat  untung daripada naik-turun harga emas, mereka juga untung dengan membeli dengan harga murah semasa harga tinggi dan menjualnya dengan harga tinggi. Untuk menjadi saudagar emas pelbagai teknik dan kemahiran yang diperlukan serta memerlukan usaha yang gigih. Ramai saudagar emas sekarang bergelar jutawan telah berusaha dan bersusah-susah dahulu sebelum menjadi senang. Saudagar emas juga akan melibatkan semua jenis emas tetapi tidak seperti penyimpan, setiap jenis emas akan digunakan untuk tujuan tertentu untuk memaksimakan keuntungan.
 
Jadi sila pilih ketegori manakah anda dan saya boleh membantu anda untuk terus mendapat keuntungan dalam urusniaga emas.
 
Sekian terima kasih =)

Friday, 8 February 2013

Pelaburan emas di Malaysia : pengenalan

Emas merupakan unsur berharga kerana mempunyai nilai, tarikan dan sifat yang unik serta kegunaannya dalam pelbagai aspek. Emas adalah unsur yang tersimpan dalam tanah dan perlu digali atau dilombong untuk mendapatkannya. Saya pernah berbincang beberapa kali dengan rakan-rakan geologist dan mereka menyatakan taburan emas di dunia boleh diplot termasuk di Malaysia. Kemudian keadaan dan bentuk emas di benua-benua besar dunia agak berbeza dengan negara kepulauan seperti di Malaysia, di benua besar keadaannya lebih seperti nugget dan ketulan-ketulan besar akibat proses geologi yang lama manakala di Malaysia keadaannya lebih tertumpu di kawasan-kawasan hiliran sungai.

Saya suka untuk membawa pembaca satu cara umum dan adil untuk memilih atau mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu produk atau dalam kes ini untuk menentukan pelaburan emas manakah yang terbaik, iaitu dengan mendapatkan maklumat dari pihak ketiga. Jika ditanya berkenaan produk A daripada dealer syarikat A, mistilah dia cakap A yang terbaik dan seterusnya. Apa yang saya buat ialah saya buat kajian dan membaca buku. Lihat apakah pendapat mereka tentang pelaburan-pelaburan emas yang ada dan bandingkan dengan yang lain. Semakin banyak buku dan maklumat yang anda dapat semakin jelas untuk anda membuat pilihan. Proses ini penting untuk mengelakkan daripada tertipu dengan pelbagai ganjaran istimewah yang ditawarkan dan mengelakkan perkara-perkara yang merugikan mereka. Setelah anda rasa anda faham, laburkan sedikit dan lihat bagaimana proses urusannya. Adakah seperti yang anda faham atau tidak. Sekiranya ya dan semuanya berjalan seperti anda sangkakan maka masa itulah anda boleh benar-benar melabur.


Buku Pelaburan emas oleh Saat Sukami


Buku bertajuk Menyingkap rahsia pelaburan emas oleh Syukor Hasim


Buku bertajuk GOLD ditulis oleh Ian Tai


Gambar diatas adalah diantara buku yang saya baca dan sehingga kini saya masih membaca buku-buku lain untuk menambahkan ilmu dan update berkenaan pelaburan emas. 


Di Malaysia pelaburan emas terbahagi kepada dua iaitu:
 
1. Emas fizikal
2. Buku simpanan emas
 
Pelaburan emas fizikal bermaksud kita membeli emas dan dapat emas. Pelaburan ini menawarkan emas dalam bentuk syiling emas (Dinar), jongkong emas atau barang kemas. Pembeli dapat menggunakan emas tersebut untuk tujuan keuntungan dengan pelbagai cara contohnya dengan menjualnya apabila harganya naik atau dengan kaedah pajak dan arrahnu. Ketulenan emas hendaklah dipastikan terlebih dahulu sebelum mengambil emas. Sekiranya syarikat/kedai yang menjual emas tersebut gulung tikar, lingkup atau diserbu oleh Bank Negara, anda masih selamat kerana emas di tangan anda.
 
Pelaburan melalui buku akaun simpanan emas pula berbeza dengan kaedah emas fizikal tadi. Sekiranya anda melaburan dengan kaedah ini, anda akan dapat buku akaun yang tertulis transaksi anda lebih kurang seperti buku akaun bank simpanan semasa anda. Kebanyakkan akaun ini ditawarkan oleh bank-bank terkemuka di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu. Anda tidak boleh manupulasi emas dengan kaedah ini kerana emas tidak di tangan anda dan sebaliknnya berada di simpanan bank tersebut. Sesetengah bank membenarkan anda mengeluarkan emas dan anda yang tidak.

 
Terdapat banyak syarikat/kedai yang menawarkan emas fizikal dan beberapa contoh serta maklumat lanjut berkaitan emas melalui akaun ini akan dikupas di ruangan lain selepas ini.
 
Pendek kata, seperti seorang penceramah pelaburan emas cakap, emas fizikal umpana kambing dan buku akaun emas umpana gambar kambing. Mana kamu mau, mau kambing untuk disembelih atau gambar kambing? =)
 
 
Sekian terima kasih