Sememangnya ini adalah soalan
wajib bagi mereka yang pertama kali mahu membeli emas. Bagi saya harga tinggi
atau rendah adalah berbeza-beza untuk setiap orang kerana kita memerlukan
rujukan untuk mengatakan sesuatu itu tinggi atau rendah. Kerana perkara ini melibatkan suatu berbandingan.
Contohnya saya ada
sebiji bola tennis, bola ini besar berbanding bola ping pong tapi lebih kecil
berbanding bola sepak. Saya ada duit sebanyak RM10,000. Adakah duit saya ini
sedikit atau banyak? Duit saya sedikit jika dibandingkan dengan RM100,000
tetapi lebih banyak jika anda bandingkan dengan RM1.
Jadi kembali kepada harga
emas tadi, di manakah kita patut bandingkan harga tersebut untuk mengatakan
ianya tinggi atau rendah? Jawapannya adalah dengan harga pembelian pertama anda.
Andai kata A telah membeli 1dinar = RM600 pada tahun 2012 dan B membeli 1dinar =
RM700 pada tahun 2013. Sekiranya harga 1dinar sekarang adalah RM650, bagi A
harga tersebut adalah tinggi manakala bagi B adalah rendah.
Anda perlu menentukan harga rujukan terlebih dahulu untuk mengatakan harga kini tinggi atau rendah
JADI APAKAH TINDAKAN ANDA?
Anda perlu membeli buat kali
pertama terlebih dahulu untuk mendapatkan harga rujukan anda. Kemudian tindakan
seterusnya adalah berdasarkan harga semasa, maksudnya sekiranya harga tinggi melebihi harga belian pertama tadi, anda sudah
boleh jual untuk mendapatkan keuntungan. Jika harga rendah daripada harga
belian pertama pula, anda disarankan untuk membeli untuk merendahkan harga
rujukan anda menggunakan kaedah pemurataan harga. Setelah pemurataan telah dibuat, harga rujukan anda bukan lagi harga pembelian pertama tetapi harga yang telah anda puratakan tadi. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan membuat pembelian pertama boleh dibuat melalui website PG. Cara mendaftar boleh rujuk disini.
Contohnya anda beli 1dinar = rm700. Pada masa ini harga rujukan anda adalah rm700. Selepas ini harga rendah rm600. Anda disarankan beli dan puratakan kedua-dua harga tersebut (700 + 600 bahagi 2) menjadi rm650. Kini harga rujukan anda bukan lagi rm700 tetapi direndahkan menjadi rm650. Maksudnya jika harga emas naik melebihi rm650, anda suda boleh jual kedua-dua unit 1dinar tersebut untuk mendapat untung.
Sekiranya anda berminat atau memerlukan penjelasan lanjut sila hubungi saya
ag sufiyan abd hamid
PG028194
017 2366467
Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment