Salah satu perkara yang anda perlu faham dalam pelaburan emas ialah cara mendapat keuntungan. Pastikan anda jelas dalam perkara ini sebelum melabur. Dalam ruangan ini saya akan menerangkan bagaimanakah cara anda mendapat keuntungan dengan pelaburan emas publicgold.
Gelang tangan i-series 10gram 22karat, sangat sesuai untuk dipakai setiap hari kerana rekabentuk yang ringkas dan padu.
Sebelum itu kita perlu tahu terdapat dua harga jika berurusan dengan PG iaitu harga PG SELL dan PG BUY.
-PG SELL adalah harga jualan PG kepada pelanggan atau harga kita beli dengan PG
-PG BUY pula harga PG akan beli semua dengan pelanggan jika pelanggan mahu menjualnya kembali kepada PG.
Beza antara PG SELL dan PG BUY disebut sebagai SPREAD dan saya akan terangkan tentang spread diruangan lain.
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk mendapat untung dengan publicgold, tapi secara asasnya ada 3 cara utama iaitu
1. UNTUNG HARGA NAIK
Teknik ini adalah mudah. Anda beli emas buat kali pertama dengan harga PG SELL, dan jika harga naik sehingga harga PG BUY lebih tinggi daripada harga belian anda dahulu, maka anda sudah untung sekiranya anda jual. Anda untung hanya apabila harga naik sahaja dan sangat sesuai untuk mendapat keuntungan jangka masa sederhana dan panjang.
SITUASI + TINDAKAN = HASIL
harga rendah, beli + harga tinggi, jual = untung
harga tinggi, beli + harga rendah, jual = rugi
Jadi kesimpulannya apabila anda telah beli emas kemudian harga naik, jual. Bila harga turun, beli balik. Harga naik lagi, jual lagi dan seterusnya. Hanya dengan PG sahaja anda dapat berbuat begini sebab harga emas PG berubah setiap 20minit.
2. UNTUNG KOMISEN
Teknik ini khas untuk mereka yang telah menjadi dealer. Dealer PG layak mendapat 1% (normal dealer), 1.5% (piority dealer) dan 2% (master dealer) untuk setiap pembelian dan 0.5% untuk jualan semua kepada PG.
Selain itu sekiranya anda telah menjadi dealer, anda juga layak mendapat komisen untuk setiap pembelian pelanggan yang mendaftar dibawah anda. Pelanggan tersebut hanya perlu menyatakan anda sebagai introducer anda sekali sahaja iaitu pada pembelian pertama mereka dengan PG, seterunya anda akan mendapat komisen atas pembelian mereka selama mana mereka membeli dengan PG. Adakala costumer dibawah anda juga adalah dealer, namun anda tetap mendapat komisen atas urusniaga mereka.
Jadi untung komisen adalah atas BELIAN+JUALAN+CUSTOMER=UNTUNG.
3. UNTUNG SPREAD
Sebagai dealer juga anda diboleh melakukan jual-beli emas terus dengan pelanggan. Bermaksud anda boleh menjual emas yang berada dalam tangan anda dengan HARGA PG SELL dan membeli terus daripada pelanggan dengan HARGA PG BUY. Jadi macamana untung? untung anda adalah beza PG SELL dan PG BUY kerana PG SELL adalah lebih tinggi berbanding PG BUY. Dalam kes ini, semakin besar spread sesuatu produk, semakin besar untung yang anda dapat.
Untung adalah; PG SELL - PG BUY = UNTUNG
Maka itulah 3 cara utama mendapat untung dengan publicgold. Sekiranya anda pelanggan anda boleh melakukan teknik pertama dan teknik kedua dan ketiga pula khas untuk dealer PG sahaja. Perlu saya jelaskan disini terdapat banyak cara lain lagi selain 3 cara diatas, mahu tahu lebih kena tanya saya =)
Bagaimana cara menjadi dealer?
Anda boleh dapat komisen tanpa perlu buat jualan.
Atau sebarang persoalan boleh hubungi saya =)
Sekian terima kasih
bagaimana mahu jadi dealer... :)
ReplyDeletePembelian 20k automatik jadi dealer atau promosi april ini hanya dgn pembelian kombinasi 25dinar atau 100g tai fook gold bar. Guna promosi bole jimat.
Delete